Kata-Kata Motivasi Islam

Posted by Seputar Remaja on Tuesday 17 June 2014

C - Cinta sebelum menikah , biar sederhana , tak   melanggar batas agama ,

I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama

N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang


A - Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia  membawa ke syurga :D

====================================================================
ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.

=====================================================================
Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat
==================================================================
♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami
==================================================================
♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita
==================================================================
♥ Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
==================================================================
~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)

=======================================================================
♥ Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ♥

==================================================================

Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. (^_^) InsyaALLAH...
===================================================================
Buat insan yang pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan.
==================================================================
Buat insan yang pernah SAYA SAKITI:-
Maafkanlah kekhilafanku, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...
==================================================================
Khas buat SAHABAT ku:-
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna ku ingin melewati hari2 indahku bersamamu....


Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya.

Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..



Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba.

Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita,



Blog, Updated at: 01:20

0 comments:

Post a Comment